Kenali Khairi Aizat (KA)?

Khairi Aizat, atau lebih dikenali sebagai KA, merupakan seorang Financial Freedom Coach yang telah membantu lebih 40,000 individu dan keluarga di Malaysia membina semula sistem kewangan mereka dengan strategi yang realistik, patuh syariah dan boleh dilaksanakan oleh semua peringkat.



Dengan lebih 18 tahun pengalaman dalam industri kewangan, KA pernah berkhidmat di tiga institusi perbankan utama (RHB, CIMB dan Bank Islam), dan kini merupakan perancang kewangan berdaftar dengan Malaysian Financial Planning Council (MFPC). Beliau juga sedang melanjutkan pengajian PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.

Kenapa KA Perjuangkan Kewangan?

Kejayaan bukan datang tanpa jatuh. Pada suatu ketika, KA sendiri pernah melalui fasa gelap kewangan — dua kereta dan dua rumah dilelong, terpaksa meminjam dari ceti haram (alung), dan akhirnya tinggal sehelai sepinggang. Semua berpunca dari kesilapan mengurus wang, akibat tidak faham beza antara aset dan liabiliti.

Dari titik kejatuhan itulah lahirnya satu tekad: untuk membantu seramai mungkin orang agar tidak ulang kesilapan yang sama. 

KA bangkit semula dengan ilmu yang dipelajari, dan mula berkongsi strategi sebenar yang telah berjaya mengubah hidupnya. 

Kini, beliau bukan sekadar mengajar — beliau membimbing dengan penuh empati dan kefahaman kerana beliau pernah berada di tempat yang sama.

Misi KA jelas untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia bebas dari tekanan kewangan, hidup lebih tenang, dan membina legasi keluarga yang stabil dan tersusun.

"Saya bukan sifu. Saya cuma orang yang pernah gagal, dan tak nak orang lain ulang silap yang sama."
- Khairi Aizat (KA) -

"Saya nak betulkan kewangan, nak bermula daripada mana?"

Download template & analisa tahap kewangan anda untuk kenal pasti dimana kebocoran berlaku.