Saya Khairi Aizat atau nama panggilan “KA” merupakan bekas pengurus bank yang kini menjadi pengasas kepada sebuah firma rundingan hutang yang membantu masyarakat yang mempunyai masalah dalam pengurusan hutang & kewangan unttuk menstruktur semula kewangan mereka hingga mencapai hidup bebas hutang.
Sepanjang 8 tahun saya berada dalam industri perbankan, saya telah menguruskan ribuan permohonan kemudahan kredit, pinjaman peribadi,kenderaan, perumahan & perniagaan.
Walaupun bekerja di industri kewangan ia tidak bererti saya bijak menguruskan kewangan sendiri, hakikatnya sepanjang tempoh ini jugalah saya sendiri melakukan kesilapan dalam percaturan kewangan semua dek gara-gara nak mewah. Kisah keperitan saya bermula apabila saya tidak mampu menangung hutang kad kredit sehingga “CCRIS” teruk, pinjaman peribadi masuk “CTOS”., kereta ditarik hingga “BLACKLIST” sampailah klimaknya rumah saya DILELONG, Pinjam “Ahlong” & macam² lagi.
Tapi alhamdulillah, KA telah pun berjaya capai bebas hutang.
Setelah Berjaya keluar daripada kemelut hutang ini, saya berazam untuk berkongsi kepada masyarakat tentang pengalaman mengatasi masalah kewangan & memberi kesedaran untuk tidak melakukan kesilapan yg sama.
Jangan tunggu sehingga parah baru nak ambil tindakan.
Ramai yang rasa mereka tak perlukan ambil berat tentang pengurusan hutang & kewangan ni sebab merasakan boleh “pandai-pandai” sendiri katanya.
Namun, ramai juga yang akhirnya sengsara dek tersalah langkah dan komitmen hutang bertambah, kewangan jd parah.Tapi.. Nasi dah bubur! Hutang dah banyak!
Jadi please, KA merayu..
Tolong jangan ulang kesilapan ramai orang termasuk KA sendiri yang terpaksa lalui keperitan zaman gelap KA! Mulakan dengan lengkapkan Analisa Status Kesihatan Kewangan ini untuk kenal pasti daripada mana nak mula untuk pulih/pertingkatkan tahap kewangan semasa.